create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, October 26, 2010

Cuti sem telah pun bermula bagi semua matrikulasi, dan saya sebagai jpp kebajikan kmp, agak lelah menguruskan pelajar-pelajar yang ingin pulang. Dari susunan bas sehinggalah terpaksa menempah tiket luar. Namun terdapat masalah dalam pembahagian bas. Antaranya;


  1. Bertindan nama
  2. Kesilapan mencatat oleh pelajar sendiri.
  3. Ambil tempahan kawan.    
Masih ada beberapa hal, namun ini yang dapat kami rumuskan untuk masa ini. Masalah-masalah ini menyebabkan kami terpaksa menyemak semula senarai nama yang asal dan ini agak menyukarkan kami. Oleh itu, pelajar dinasihatkan agar mengelakkan dari mengambil sebarang tempahan dari kawan anda ( do it on your own). Ini bagi mengelakkan nama bertindan. Dan sebarang urusan sila rujuk di laman ini bagi kemudahan anda.

 Kami akan memulakan sistem baru, iaitu kami akan memaparkan dahulu senarai nama yang telah ditaip didalam laman ini bagi pelajar membuat semakan. Setelah itu, kami akan membuat pembetulan (Jika ada), dan akan print out yang telah disemak.


Contoh
                                                                                                                       

Salam, selamat datang ke laman blog Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Kolej Matrikulasi Perlis
bagi sesi 2010/1011.
Laman ini dibina bagi memudahkan pelajar mendapat info-info terkini terus dari pihak JPP.
Selain itu, kami juga mengalu-alukan sebarang komen, krtikan dan cadangan daripada pihak pelajar untuk kami memperbaiki setiap sudut gerak kerja yang kami lakukan.